Selamat Datang

Wednesday 5 December 2012

Hutan Ini Milik Kita

       Sudah seminggu Sang Gajah kelaparan.  Anak-anaknya jatuh sakit.  Tempat tinggal mereka dimusnahkan oleh menusia.  Sumber makanan pula semakin kurang.
       "Bagaimana agaknya nasib kita nanti." keluh sang kancil.
       "Entahlah Kancil."  jawab monyet.
       Sejak hutan itu ditebang, banyak binatang di dalam hutan itu mati.  Tidak kurang juga yang berpindah ke hutan lain.  Sang Gajah, Sang Kancil dan monyet kesal dengan sikap manusia.
       "Jika keadaan ini berpanjangan, kita semua akan mati.  Apa kata kita cari tempat lain?"  cadang monyet. 
       Sang Gajah dan Sang Kancil berpandangan sesama sendiri.  Cadangan monyet itu ada bernarnya.  Sang Gajah sedar hutan itu semakin terancam.  Hutan itu dibakar untuk didirikan kilang.
       "Tapi, di mana kita hendak pergi?"  tanya Sang Kancil.
       "Aku dengan ada sebuah hutan di hujung negeri ini.  Hutan itu ialah hutan simpan.  Manusia tidak dibenarkan membunuh binatang atau menebang pokok di hutan simpan."  beritahu monyet.
       Mereka pun bersetuju dengan cadangan monyet.  Kini, mereka berasa selamat tinggal di dalam hutan itu.  Jauh daripada pencemaran alam.  Sumber makanan juga mudah diperoleh di dalam hutan tersebut.

 NILAI ALAM SEKITAR
1.  Jangan musnahkan tempat tinggal haiwan.
2.  Elakkan aktiviti yang boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan.
3.  Kita tidak boleh membakar sampah secara terbuka.

Hutan

Gajah

Sang Kancil

Monyet

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!

      Farah menangis dengan teresak-esak kerana duitnya hilang.  Farah menuduh Ali yang mencuri duitnya.  Ali menafikan tuduhan Farah.
      Ketua kelas mereka, Rangit seorang yang bijak.  Rangit yakin pencuri itu berada di dalam kelas tersebut.  Rangit mendapat satu akal untuk menangkap pencuri berkenaan.
      Rangit pun melaporkan perkara itu kepada Cikgu Lily.  Cikgu  Lily bersetuju dengan cadangan Ranjit.
      " Setiap murid di dalam kelas ini akan diberi sebilah lidi.  Jika lidi ini bertambah panjang, bermakna dialah yang mencuri duit farah.  Esok, kamu mesti serahkan lidi ini kepada cikgu."  beritahu Cikgu Lily. 
      Keesokan harinya, murid-murid menyerahkan lidi tersebut kepada Cikgu Lily.  Setelah diperiksa, didapati lidi Ali lebih pendek berbanding murid lain.  Setelah disoal, Ali mengaku bahawa dia yang mencuri duit Farah.
      Ali meminta maaf dan berjanji akan menggantikan duit itu.  Cikgu Lily menasihati Ali supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

NILAI  MURNI
1.  Sedia menerima nasihat orang lain.
2.  Kita harus meminta maaf apabila berbuat salah.
3.  Berjanji akan mengubah sikap atas kesilapan yang lalu.

Tuesday 4 December 2012

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Bunga sering dijadikan hiasan di dalam mahupun di luar rumah.  Selain itu, bunga turut dijadikan perhiasan kepada diri seseorang.  Bunga raya merupakan bunga yang menjadi lambang negara.  Bunga ini disebut bunga kebangsaan.
      Negara kita memilih bunga raya berkelopak lima sebagai bunga kebangsaannya.  Lima kelopak bunga raya ini merujuk kepada lima prinsip yang terdapat dalam rukun negara.
      Bunga kebangsaan ini turut diabadikan melalui setem, lencana, wang syiling, dan lambang bunga raya pada ukiran, sulaman , dan tekat.Itulah keistimewaan bunga kebangsaan ini.


 Bunga raya


Setem


Lencana


Wang Syiling

Zoo Negara

Pada hari Ahad yang lepas, Lily dan keluarganya telah melawat Zoo Negara.  Ada pelbagai jenis haiwan di sana seperti monyet, kuda ular, burung, harimau, dan tenggiling.
      Zoo negara dibahagikan kepada beberapa bahagian.  Antaranya haiwan reptilia, dunia safari, akuarium, haiwan jinak, dan haiwan ganas.  Kesemua haiwan diletakkan di tempat yang selamat dan tidak mengancam nyawa manusia.
      Setiap hari pada pukul 3.00 petang akan diadakan pertunjukan singa laut.  Singa laut sangat cerdik dan boleh melakukan aktiviti seperti melontar bola, menepuk tangan, dan menangkap bola dalam air.
      Terdapat juga akuarium yang besar.  Di dalam akuarium itu terdapat pelbagai jenis ikan.  Antaranya ikan patin, ikan pacu, dan Arapaima Ginas

  Zoo Negara


Harimau

Singa laut

Akuarium

Arapaima Ginas


Wednesday 28 November 2012

Sarawak

Sarawak atau dikenali sebagai Bumi kenyalang terletak di Malaysia Timur.  Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia.  Ibu negeri Sarawak ialah Kuching.  Kuching mempunyai penduduk pelbagai kaum.  Kaum-kaum utama ialah Melayu, Iban ,Cina, melanau, dan Bidayuh.  Bandar ini mempunyai sekitar 400000 orang penduduk.
Kuching terkenal sebagai tempat pelancongan yang menarik.  Pelancong yang berkunjung ke bandar ini pasti akan ke Muzium Sarawak, Kampung Budaya sarawak, dan tebingan Kuching.  Tebingan Kuching di tebing sungai Sarawak merupakan tempat bersiar-siar di tengah-tengah bandar.  Di Tebingan Kuching anda dapat menikmati pemandangan yang menarik.

Orang Melayu
Orang Iban

Orang Cina

Orang Melanau

Orang Bidayuh

Muzium Sarawak

Kampung Budaya Sarawak

Tebingan Kuching

Wednesday 21 November 2012

Hari kebangsaan

   Hari kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun.  Sambutan Hari Kebangsaan diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan.  Bangunan-bangunan kerajaan dihias dengan bendera dan lampu yang berwarna-warni.
   Pada hari tersebut, sambutan dimulakan dengan perbarisan raksasa.  Perbarisan ini diserai oleh pasukan tentera, polis, pertubuhan sukarela, wakil dari jabatan kerjaan, dan pihak swasta.  Acara-acara seperti persembahan pentas, kereta berhias, dan pertunjukan bunga api juga diadakan.




Mari Berpantun

BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang masa.

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
pergaulan sihat peribadi ceria.

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat-menghormati.

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita.