Selamat Datang

Wednesday, 5 December 2012

Hutan Ini Milik Kita

       Sudah seminggu Sang Gajah kelaparan.  Anak-anaknya jatuh sakit.  Tempat tinggal mereka dimusnahkan oleh menusia.  Sumber makanan pula semakin kurang.
       "Bagaimana agaknya nasib kita nanti." keluh sang kancil.
       "Entahlah Kancil."  jawab monyet.
       Sejak hutan itu ditebang, banyak binatang di dalam hutan itu mati.  Tidak kurang juga yang berpindah ke hutan lain.  Sang Gajah, Sang Kancil dan monyet kesal dengan sikap manusia.
       "Jika keadaan ini berpanjangan, kita semua akan mati.  Apa kata kita cari tempat lain?"  cadang monyet. 
       Sang Gajah dan Sang Kancil berpandangan sesama sendiri.  Cadangan monyet itu ada bernarnya.  Sang Gajah sedar hutan itu semakin terancam.  Hutan itu dibakar untuk didirikan kilang.
       "Tapi, di mana kita hendak pergi?"  tanya Sang Kancil.
       "Aku dengan ada sebuah hutan di hujung negeri ini.  Hutan itu ialah hutan simpan.  Manusia tidak dibenarkan membunuh binatang atau menebang pokok di hutan simpan."  beritahu monyet.
       Mereka pun bersetuju dengan cadangan monyet.  Kini, mereka berasa selamat tinggal di dalam hutan itu.  Jauh daripada pencemaran alam.  Sumber makanan juga mudah diperoleh di dalam hutan tersebut.

 NILAI ALAM SEKITAR
1.  Jangan musnahkan tempat tinggal haiwan.
2.  Elakkan aktiviti yang boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan.
3.  Kita tidak boleh membakar sampah secara terbuka.

Hutan

Gajah

Sang Kancil

Monyet

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!

      Farah menangis dengan teresak-esak kerana duitnya hilang.  Farah menuduh Ali yang mencuri duitnya.  Ali menafikan tuduhan Farah.
      Ketua kelas mereka, Rangit seorang yang bijak.  Rangit yakin pencuri itu berada di dalam kelas tersebut.  Rangit mendapat satu akal untuk menangkap pencuri berkenaan.
      Rangit pun melaporkan perkara itu kepada Cikgu Lily.  Cikgu  Lily bersetuju dengan cadangan Ranjit.
      " Setiap murid di dalam kelas ini akan diberi sebilah lidi.  Jika lidi ini bertambah panjang, bermakna dialah yang mencuri duit farah.  Esok, kamu mesti serahkan lidi ini kepada cikgu."  beritahu Cikgu Lily. 
      Keesokan harinya, murid-murid menyerahkan lidi tersebut kepada Cikgu Lily.  Setelah diperiksa, didapati lidi Ali lebih pendek berbanding murid lain.  Setelah disoal, Ali mengaku bahawa dia yang mencuri duit Farah.
      Ali meminta maaf dan berjanji akan menggantikan duit itu.  Cikgu Lily menasihati Ali supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

NILAI  MURNI
1.  Sedia menerima nasihat orang lain.
2.  Kita harus meminta maaf apabila berbuat salah.
3.  Berjanji akan mengubah sikap atas kesilapan yang lalu.

Tuesday, 4 December 2012

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Bunga sering dijadikan hiasan di dalam mahupun di luar rumah.  Selain itu, bunga turut dijadikan perhiasan kepada diri seseorang.  Bunga raya merupakan bunga yang menjadi lambang negara.  Bunga ini disebut bunga kebangsaan.
      Negara kita memilih bunga raya berkelopak lima sebagai bunga kebangsaannya.  Lima kelopak bunga raya ini merujuk kepada lima prinsip yang terdapat dalam rukun negara.
      Bunga kebangsaan ini turut diabadikan melalui setem, lencana, wang syiling, dan lambang bunga raya pada ukiran, sulaman , dan tekat.Itulah keistimewaan bunga kebangsaan ini.


 Bunga raya


Setem


Lencana


Wang Syiling

Zoo Negara

Pada hari Ahad yang lepas, Lily dan keluarganya telah melawat Zoo Negara.  Ada pelbagai jenis haiwan di sana seperti monyet, kuda ular, burung, harimau, dan tenggiling.
      Zoo negara dibahagikan kepada beberapa bahagian.  Antaranya haiwan reptilia, dunia safari, akuarium, haiwan jinak, dan haiwan ganas.  Kesemua haiwan diletakkan di tempat yang selamat dan tidak mengancam nyawa manusia.
      Setiap hari pada pukul 3.00 petang akan diadakan pertunjukan singa laut.  Singa laut sangat cerdik dan boleh melakukan aktiviti seperti melontar bola, menepuk tangan, dan menangkap bola dalam air.
      Terdapat juga akuarium yang besar.  Di dalam akuarium itu terdapat pelbagai jenis ikan.  Antaranya ikan patin, ikan pacu, dan Arapaima Ginas

  Zoo Negara


Harimau

Singa laut

Akuarium

Arapaima Ginas


Wednesday, 28 November 2012

Sarawak

Sarawak atau dikenali sebagai Bumi kenyalang terletak di Malaysia Timur.  Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia.  Ibu negeri Sarawak ialah Kuching.  Kuching mempunyai penduduk pelbagai kaum.  Kaum-kaum utama ialah Melayu, Iban ,Cina, melanau, dan Bidayuh.  Bandar ini mempunyai sekitar 400000 orang penduduk.
Kuching terkenal sebagai tempat pelancongan yang menarik.  Pelancong yang berkunjung ke bandar ini pasti akan ke Muzium Sarawak, Kampung Budaya sarawak, dan tebingan Kuching.  Tebingan Kuching di tebing sungai Sarawak merupakan tempat bersiar-siar di tengah-tengah bandar.  Di Tebingan Kuching anda dapat menikmati pemandangan yang menarik.

Orang Melayu
Orang Iban

Orang Cina

Orang Melanau

Orang Bidayuh

Muzium Sarawak

Kampung Budaya Sarawak

Tebingan Kuching

Wednesday, 21 November 2012

Hari kebangsaan

   Hari kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun.  Sambutan Hari Kebangsaan diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan.  Bangunan-bangunan kerajaan dihias dengan bendera dan lampu yang berwarna-warni.
   Pada hari tersebut, sambutan dimulakan dengan perbarisan raksasa.  Perbarisan ini diserai oleh pasukan tentera, polis, pertubuhan sukarela, wakil dari jabatan kerjaan, dan pihak swasta.  Acara-acara seperti persembahan pentas, kereta berhias, dan pertunjukan bunga api juga diadakan.




Mari Berpantun

BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang masa.

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
pergaulan sihat peribadi ceria.

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat-menghormati.

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita. 
Tarian Singa
Tarian singa amat popular dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia.  Penari tarian singa meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.  Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari.  Seorang di bahagian hadapan untuk menggerakkan kepala kostum.  Seorang lagi di bahagian belakang kostum singa itu.  Tarian singa akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan membawa malang.



Sunday, 11 November 2012

Karangan : Gariskan jawapan yang betul.

 Nama saya Ai Lee.  Saya (1) ( bersekolah, bermain) di SJK Chung Hua Batu 41/2, Kuching.  Saya (2) (berkerja, belajar) dalam Tahun Dua Putih. 
Guru (3)( darjah, rumah) saya Cikgu Tan.  Beliau guru yang (4)( baik hati, iri hati).  Beliau sangat(5) ( dipatuhi, dihormati) murid-muridnya.
Cikgu Tan juga guru yang (6) (tegas, benci) dalam menjalankan tugasnya.  Cikgu Tan mengajar mata pelajaran Bahasa Cina.  Beliau sentiasa bersikap (7) ( sabar, tenang) semasa mengajar.  Jika kami tidak (8) (faham, tahan), Cikgu Tan akan menerangkan beberapa kali sehingga kami faham.
Kami (9) ( sayang, pilih) akan Cikgu Tan.  Kami berharap Cikgu Tan akan sentiasa (10) ( sihat, sakit) dan gembira.

Jawapan:  (1)  bersekolah  (2)  belajar         (3)    darjah
                (4)  baik hati      (5)  dihormati     (6)  tegas 
                (7)  sabar          (8)  faham           (9)  sayang     (10)  sihat 
 

Sunday, 4 November 2012

Latihan Penulisan Bahagian C

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Shankar tinggal di Kampung Batu Lapan yang 
mempunyai penduduk berbilang bangsa. Kampung
Shankar tiada pencemaran. Semua penduduk kampung
bersama-sama mnjaga kebersihan kampung. Mereka
akan membersihkan taman permainan, balai raya dan 
sebagainya. Pokok-pokok bunga yang cantik juga ditanam 
di sekeliling kampung. Jika ada sebarang masalah, semua
penduduk akan bersama-sama menyelesaikannya.

Perenggan di bawah mengandungi lima nilai murni yang kamu dapati daripada petikan. Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi. 

Bersih dan indah      Bergotong-royong     bersatu padu

aman dan harmoni     bantu-membantu


     Nilai murni yang dapat saya peroleh daripada petikan ialah semangat                           penduduk kampung yang berbilang bangsa. Mereka juga  bertanggungjawab menjaga kebersihan seperti                          membersihkan balai raya. Kawasan kampung menjadi                         kerana penduduk  mempunyai sikap                     demi keamanan kampung mereka.



Peribahasa

Marilah kita bersama-sama mempelajari peribahasa!


Peribahasa
Maksud
Ada Hati
Keingingan.
Alah bisa tagal biasa
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa.
Ambil Berat
Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu.
Ambil Langkah
Mula hendak bertindak.
Anak Emas
Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa.
Bagai Pucuk Dilancarkan
Sangat laju atau luncur perginya.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka.
Baik Membawa Resmi Padi Daripada Membawa Resmi Lalang
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
Berpeluk Tubuh
Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak melakukan apa-apa hanya melihat sahaja.
Bersekutu Bertambah Mutu
Bekerjasama antara satu sama lain akan merugikan diri sendiri.


Friday, 2 November 2012

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

(  rajin      berlindung      makanan       mengejek       hutan       berkawan      terperangkap

   terjatuh      ajak      lebat  )
   

  Sang Semut dan Sang Labah-Labah

Di dalam (1)___________, tinggal Sang Semut dan Sang Labah-labah. Sang Semut dan Sang Labah-labah (2)________baik. Sang Semut (3)__________, tetapi Sang-labah sangat malas. Sang Labah-labah selalu (4)________Sang Semut yang bekerja keras untuk mencari (5)___________. Sang Labah-labah hanya menunggu mangsa yang (6)__________pada sarangnya. Pada suatu hari, hujan turun dengan
 (7)_________. Sang Semut segera masuk ke dalam lubangnya. Sang Semut memanggil Sang Labah-labah untuk (8)____________. Sang labah-labah dengan sombong menolak (9)_____________Sang Semut. Apabila dituip angin, sarangnya musnah dan Sang Labah-labah(10) ____________ke dalam sungai. Akhirnya, Sang Labah-labah pun mati. 

Jawapan
1. hutan                2.  berkawan    3.  rajin              4.    mengejek    5.   makanan
6. terperangkap    7.    lebat          8.   berlindung    9.    ajak          10. terjatuh

Friday, 19 October 2012

Semut Sang Teladan



Video ini tentang cerita semut yang memberi contoh nilai bekerjasama yang amat diperlukan dalam kehidupan harian kita.

Sunday, 14 October 2012