Selamat Datang

Wednesday 5 December 2012

Hutan Ini Milik Kita

       Sudah seminggu Sang Gajah kelaparan.  Anak-anaknya jatuh sakit.  Tempat tinggal mereka dimusnahkan oleh menusia.  Sumber makanan pula semakin kurang.
       "Bagaimana agaknya nasib kita nanti." keluh sang kancil.
       "Entahlah Kancil."  jawab monyet.
       Sejak hutan itu ditebang, banyak binatang di dalam hutan itu mati.  Tidak kurang juga yang berpindah ke hutan lain.  Sang Gajah, Sang Kancil dan monyet kesal dengan sikap manusia.
       "Jika keadaan ini berpanjangan, kita semua akan mati.  Apa kata kita cari tempat lain?"  cadang monyet. 
       Sang Gajah dan Sang Kancil berpandangan sesama sendiri.  Cadangan monyet itu ada bernarnya.  Sang Gajah sedar hutan itu semakin terancam.  Hutan itu dibakar untuk didirikan kilang.
       "Tapi, di mana kita hendak pergi?"  tanya Sang Kancil.
       "Aku dengan ada sebuah hutan di hujung negeri ini.  Hutan itu ialah hutan simpan.  Manusia tidak dibenarkan membunuh binatang atau menebang pokok di hutan simpan."  beritahu monyet.
       Mereka pun bersetuju dengan cadangan monyet.  Kini, mereka berasa selamat tinggal di dalam hutan itu.  Jauh daripada pencemaran alam.  Sumber makanan juga mudah diperoleh di dalam hutan tersebut.

 NILAI ALAM SEKITAR
1.  Jangan musnahkan tempat tinggal haiwan.
2.  Elakkan aktiviti yang boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan.
3.  Kita tidak boleh membakar sampah secara terbuka.

Hutan

Gajah

Sang Kancil

Monyet

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!

      Farah menangis dengan teresak-esak kerana duitnya hilang.  Farah menuduh Ali yang mencuri duitnya.  Ali menafikan tuduhan Farah.
      Ketua kelas mereka, Rangit seorang yang bijak.  Rangit yakin pencuri itu berada di dalam kelas tersebut.  Rangit mendapat satu akal untuk menangkap pencuri berkenaan.
      Rangit pun melaporkan perkara itu kepada Cikgu Lily.  Cikgu  Lily bersetuju dengan cadangan Ranjit.
      " Setiap murid di dalam kelas ini akan diberi sebilah lidi.  Jika lidi ini bertambah panjang, bermakna dialah yang mencuri duit farah.  Esok, kamu mesti serahkan lidi ini kepada cikgu."  beritahu Cikgu Lily. 
      Keesokan harinya, murid-murid menyerahkan lidi tersebut kepada Cikgu Lily.  Setelah diperiksa, didapati lidi Ali lebih pendek berbanding murid lain.  Setelah disoal, Ali mengaku bahawa dia yang mencuri duit Farah.
      Ali meminta maaf dan berjanji akan menggantikan duit itu.  Cikgu Lily menasihati Ali supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

NILAI  MURNI
1.  Sedia menerima nasihat orang lain.
2.  Kita harus meminta maaf apabila berbuat salah.
3.  Berjanji akan mengubah sikap atas kesilapan yang lalu.

Tuesday 4 December 2012

Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Bunga sering dijadikan hiasan di dalam mahupun di luar rumah.  Selain itu, bunga turut dijadikan perhiasan kepada diri seseorang.  Bunga raya merupakan bunga yang menjadi lambang negara.  Bunga ini disebut bunga kebangsaan.
      Negara kita memilih bunga raya berkelopak lima sebagai bunga kebangsaannya.  Lima kelopak bunga raya ini merujuk kepada lima prinsip yang terdapat dalam rukun negara.
      Bunga kebangsaan ini turut diabadikan melalui setem, lencana, wang syiling, dan lambang bunga raya pada ukiran, sulaman , dan tekat.Itulah keistimewaan bunga kebangsaan ini.


 Bunga raya


Setem


Lencana


Wang Syiling

Zoo Negara

Pada hari Ahad yang lepas, Lily dan keluarganya telah melawat Zoo Negara.  Ada pelbagai jenis haiwan di sana seperti monyet, kuda ular, burung, harimau, dan tenggiling.
      Zoo negara dibahagikan kepada beberapa bahagian.  Antaranya haiwan reptilia, dunia safari, akuarium, haiwan jinak, dan haiwan ganas.  Kesemua haiwan diletakkan di tempat yang selamat dan tidak mengancam nyawa manusia.
      Setiap hari pada pukul 3.00 petang akan diadakan pertunjukan singa laut.  Singa laut sangat cerdik dan boleh melakukan aktiviti seperti melontar bola, menepuk tangan, dan menangkap bola dalam air.
      Terdapat juga akuarium yang besar.  Di dalam akuarium itu terdapat pelbagai jenis ikan.  Antaranya ikan patin, ikan pacu, dan Arapaima Ginas

  Zoo Negara


Harimau

Singa laut

Akuarium

Arapaima Ginas