Selamat Datang

Wednesday, 5 December 2012

Hutan Ini Milik Kita

       Sudah seminggu Sang Gajah kelaparan.  Anak-anaknya jatuh sakit.  Tempat tinggal mereka dimusnahkan oleh menusia.  Sumber makanan pula semakin kurang.
       "Bagaimana agaknya nasib kita nanti." keluh sang kancil.
       "Entahlah Kancil."  jawab monyet.
       Sejak hutan itu ditebang, banyak binatang di dalam hutan itu mati.  Tidak kurang juga yang berpindah ke hutan lain.  Sang Gajah, Sang Kancil dan monyet kesal dengan sikap manusia.
       "Jika keadaan ini berpanjangan, kita semua akan mati.  Apa kata kita cari tempat lain?"  cadang monyet. 
       Sang Gajah dan Sang Kancil berpandangan sesama sendiri.  Cadangan monyet itu ada bernarnya.  Sang Gajah sedar hutan itu semakin terancam.  Hutan itu dibakar untuk didirikan kilang.
       "Tapi, di mana kita hendak pergi?"  tanya Sang Kancil.
       "Aku dengan ada sebuah hutan di hujung negeri ini.  Hutan itu ialah hutan simpan.  Manusia tidak dibenarkan membunuh binatang atau menebang pokok di hutan simpan."  beritahu monyet.
       Mereka pun bersetuju dengan cadangan monyet.  Kini, mereka berasa selamat tinggal di dalam hutan itu.  Jauh daripada pencemaran alam.  Sumber makanan juga mudah diperoleh di dalam hutan tersebut.

 NILAI ALAM SEKITAR
1.  Jangan musnahkan tempat tinggal haiwan.
2.  Elakkan aktiviti yang boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan.
3.  Kita tidak boleh membakar sampah secara terbuka.

Hutan

Gajah

Sang Kancil

Monyet

7 comments:

  1. Gambar dan nota yang mencukupi...terus berusaha !

    ReplyDelete
  2. Nice blog...thanks for sharing...^^

    ReplyDelete
  3. Bagus blog cikgu. Belehkan cikgu buat tajuk besar untuk senang cari maklumat? Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. gambar menarik dan maklumat berguna.

    ReplyDelete